Terma & Syarat


  1. Kadar yang dinyatakan adalah untuk sekurang-kurangnya 24jam sewaan. Jam tambahan akan dikira setiap jam sehingga maksimum 5 jam sahaja.
  2. Jika PENYEWA  atau PENJAMIN melanggar the terma dan syarat, tindakan akan diambil untuk disenarai hitamkan(CTOS) kedua-dua pihak di bilkan 10% bayaran kepada mereka setiap bulan


  3.       Pembayaran

    1. Pembayaran hanya di terima melalui Tunai, Kredit Card, atau pemindahan bank segera.
    2. Penyewa hendaklah membayar kepada pemilik untuk tempoh sewa  kenderaan itu sejumlah wang yang dinyatakan dalam Dokumen Sewaan semasa mengambil kenderaan. Penyewa haruslah membenarkan pemilik untuk mengenakan kesemua jumlah bayaran yang harus dibayar.
    3. Tiada bayaran balik, yang akan dibuat kepada penyewa yang tidak mengunakan kenderaan semasa tempoh penyewaan. Untuk pembatalan tempahan pada bila-bila masa oleh peminjam, yuran tempahan yang telah dibayar hendaklah dilucutkan hak.


          Kadar Termasuk

    1. 5000 kilometers sebulan untuk perkhidmatan dan penyelenggaran ( bagi pelanggan yang meminjam dalam tempoh sebulan dan ke atas)
    2. Kadar dikenakan termasuk indeminiti penuh bagi kerosakan harta pihak ketiga dan kecederaan tubuh badan. Walaupun bagaimanapun, selaras dengan amalan insuran komersial, pelanggan sentiasa bertanggungjawap untuk jumlah yang sama dengan fasal lebihan yang tidak melebihi untuk kumpulan A (RM2,500) Kumpulan B (RM5,000) dan Kumpulan C (RM10,000)
    3. Kami menawarkan pelanggan pilihan untuk mengenepikan tanggungjawap kewangan yang disebabkan oleh kerosakan kenderaan semasa ia berada di bawah perjanjian sewaan. Ini boleh dilakukan dengan menerima Kerosakan Perlanggaran yang dikecualikan (CDW) pada masa penghantaran / mengambil kenderaan itu dengan membayar 10% dari kadar sewa. Walau bagaimanapun pelanggan bertanggungjawap untuk Kerosakan yang berlebihan untuk Kumpulan A(RM1,500), Kumpulan B (RM2,500), dan Kumpulan C (RM5,000).
    4. Selain daripada caj sewa, pelanggan dihendaki memberi deposit keselamatan iaitu wang tunai sebagai jaminan penggunaan kenderaan itu dengan sepatutnya untuk keseluruhan tempoh kontrak, deposit keselamatan akan dibayar balik keselamatan jika tiada kerosakan atau saman yang dimaklumkan selepas 14 hari berkerja dari hari pemulangan kenderaan.


          Kadar Tidak Termasuk

    1. Kerosakan akibat kecuaian seperti tayar pancit dan tayar pecah, kesilapan bahan api, kekurangan cas bateri akibat kecuaian mematikan peralatan elektrik, kerugian atau kerosakan kepada aksesori kenderaan.
    2. Pelanggan diingatkan bahawa kerosakan bawah kenderaan dan bahagian atas kenderaan adalah atas risiko mereka sendiri pada setiap masa. Semua insuran adalah tidak sah jika kenderaan dipandu di jalan atau di permukaan tidak berturap.
    3. Kadar tidak termasuk bahan api (petrol atau diesel), bayaran tol (wang, Smart tag atau Touch ‘n Go), permit Singapura, caj letak kereta, denda trafik, caj lapangan terbang, dan caj pilihan lain.


          Peraturan Memandu

    1. Peminjam mestilah berumur di antara 17 dan 65 tahun.
    2. Peminjam mesti memiliki lessen memandu tempatan yang sah atau permit memandu antarabangsa dengan pengalaman memandu sekurang-kurangnya satu tahun.
    3. RM50 caj tambahan akan dikenakan untuk pemandu kedua.


          Document keperluan

    1. Photocopy NRIC / Passport pemandu utama dan pemandu kedua (Jika ada)
    2. Photocopy lesen memandu pemandu utama dan pemandu kedua (jika ada)
    3. Photocopy NRIC / Passport penjamin
    4. Utiliti bill
    5. Busines card (if any)


          Bayaran letak kereta dan denda trafik

    1. Peminjam hendaklah bertanggungjawap untuk kesemuia bayaran dan denda trafik semasa tempoh sewa.
    2. Peminjam akan dikenakan bayaran tambahan sebanyak rm50 bagi setiap saman yang dibayar oleh KOPERASI PENGUASAHA KERETA SEWA MALAYSIA BERHAD.


          Lanjutan Penyewaan

    1. KOPERASI PENGUASAHA KERETA SEWA MALAYSIA BERHAD boleh bersetuju untuk melanjutkan tempoh sewa sekiranya pihak kami dimaklumkan 2 hari sebelum tarikh akhir hari sewa. Jika anda gagal berbuat demikian, kami berhak untuk menamatkan perjanjian penyewaan dan kami mempunyai hak untuk mengenakan caj asas anda pada kadar harian (24jam) sehingga kami mendapatkan kenderaan kembali.


          Pembatalan tempahan

    1. Deposit tempahan RM300.00 tidak akan dikembalikan dan penalty sebanyak Rm300.00 akan dikenakan jika pembatalan dibuat sebelum 24 jam dari tarikh penyewaan.


           Sekatan memandu

    1. Semua kenderaan Malaysia dilarang memandu ke Thailand.


           Keadaan kenderaan

    1. Semasa dikembalikan, kereta yang disewa hendaklah berada keadaan yang sama sewaktu semasa disewa. Jika tidak , penyewa akan bertanggungjawap ke atas semua kos membaik pulih kenderaan itu kepada keadaan asal.


           Barang larangan

    1. Semua barangan yang dilarang seperti (VCD cetak rompak, dadah, alcohol, dan lain-lain) dan barangan yang berbau tidak dibenarkan sama sekali (Durian, ikan kering Dan lain-lain).
    2. Penyewa  akan bertanggungjawap  untuk membayar semua kos menghapuskan bau, termasuk perkhidmatan penghawa dingin.

Popular Posts

Sewa Mpv Toyota Estima Acr 50 7 Seater - Silver

Sewa Mpv Toyota Innova 2.0 (A) 8 Seater - Black di Selangor

Sewa Toyota Hiace 2.5 (M) Turbo Diesel - 13 Seater di Kereta Sewa Sinar Shah Alam